dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Jeriah, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Klik Dengan Bijak Di Sk Agama Sibu

14 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2016 yang lalu, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong, Sibu telah mengadakan program taklimat Klik Dengan Bijak di SK Agama Sibu.
Beberapa staf dari PI-PI yang terdekat seperti PI Bawang Assan dan PI Meradong turut serta dalam program ini. Seramai 108 orang pelajar Tahun 5 dan 5 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Progam KDB ini dijalan selama 1 jam setengah ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB dan taklimat mengenai Pertandingan Mencipta Video MyKomuniti Kreatif.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada para pelajar. Disamping itu para pelajar dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai penyalahgunaan internet dan kebaikan internet dan menarik minat pelajar untuk menyertai pertandingan Mencipta Video MyKomuniti Kreatif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.